siapa saya ..??

My photo
Marang, Terengganu, Malaysia
.: U'll get all about it..If.. :.

24.10.09

Cinta internet!

Ini adalah kisah agak2 menarik jugak lah yang aku petik daripada www.amboi.net. artikel nie dah lame sebenarnya..sejak dari aku form 2 lg..korang bace lah ye..semoga korang terhibur..

Pagi itu, memang aku buat keje gila! Gila segila-gilanya! Chatting! Dalam bodoh-bodoh aku, ini la first time rasenya aku b'chatting. Kalau tidak aku cuma gelakkan rakan-rakan aku yang gila chatting... Kalau tidak kerana aku terlalu bosan untuk menyiapkan assignment 'struktur data' pagi itu, rasanya aku tidak akan terlibat dengan perkara-perkara begini...

Sebenarnya aku sudah terlalu pening untuk menyiapkan assignment yang diberikan oleh lecturer. dah abis cara rasanya untuk aku selesaikan masalah ini.. dah berminggu-minggu.. tapi masih tak boleh dilancarkan. Tapi aku cuba juga.. manalah tau...menjadi! Tapi bila melihatkan rakan-rakan enjoy sahaja, irihati gak.. mereka tak siap juga, tapi happy memanjang! boring tengok mereka...

Tapi ntah kenapa pagi itu, aku dengan tak semenanya telah melayari amboi.net. Mungkin kerana terlalu boring... jadi amboi.net pun kira oklah juga... aku pun mulalah explore satu-satu..dan singgah kat megachat...dah setengah jam chat, tak de org nak sampuk...so, keje aku cuma baca yang orang lain tu..hinggala ketikanya..jeng-jeng, ada seseorangnya tlh menyampuk pada aku...alamak bukan main seronoknyer...sembang-sembang punya sembang, bertukar email..

Akhirnya, jadilah kami kawan siber... nama adrin. Pelajar dari ukm. aku pun gembira juga dapat kawan dari universiti lain...

Namun hubungan kami berjalan macam biasa, beremail dan bertelefon macam org lain..tak pernah berjumpa dan tak pernah tengok gambar...pelik kan! Tapi rasanya macam dah kenal si adrin ni berabad lamanya..

Sehinggalah aku dikehendaki bertugas di Pahang. Oleh kerana keje aku ni menuntut aku outstation jer...memang aku tak pernah lekat lama kat office. Mesti sebulan sekali aku kena turun ke kl..dan yang bestnya si adrin tidak pernah tahupun yang aku sentiasa berulang alik ke kl. Aku ni pulak, bukannya jenis nak ambil kisah walaupun aku tahu adrin berada di kl..mungin berhampiran dengan aku!

Mungkin Tuhan rahmati kami, aku bertemu adrin. Rasanya macam mimpi. Kalau tak kerana aku mengalami kesukaran, rasanya sampai mati pun aku tak akan bertemu adrin. Petang itu, selepas abis menghadiri mesyuarat, rakan-rakan setugas berjanji ingin membawa aku berjalan-jalan di klcc. Tp ntah apa la malangnya nasib aku hari tu, mereka telah tinggalkan aku! sedih betul! Hilang mood nak belanja diaorang kek harijadi aku...

Petang itu juga aku telah menelefon adrin..sekadar untuk melepas rasa sedih kerana kena tinggal dgn rakan-rakan. Adrin agak terkejut kerana aku berada di kl..puas juga aku kena marah kerana tidak langsung memberitahunya yang aku di kl. sedih! dah la sedih, bertambah-tambah sedih bila adrin marah... aku pun baring je la dlm bilik bila tak tau nak buat ape..

Tetiba, 25 minit kemudian, telefon bilik di hotel yang aku menginap tu berdering...adrin! Adrin ada di lobi! Adrin nak jumpa aku????? Takutnya, mesti dia ni gemuk... pasal suara dia sedap!! itu yang terlintas dlm hati aku...

Dalam takut-takut, aku turun juga... terkedu aku sekejap! Eh, tak gemuk, tapi tinggi...boleh tahan la...dan adrin terkebil-kebil tengok aku! Sepanjang kami bersua sepatah perkataan pun tak keluar...berbeza kalau masa bercakap dalam telefon. kalau tak aku la..yang tak abis2 bercerita itu dan ini, si adrin cuma pendengar yang setia..

Selepas aku pulang ke Pahang, aku rasa aku macam dah tertunggu telefon si adrin ni..Tapi tak ada juga panggilan dari dia...syahdunya... sehingga la satu malam.. adrin menyatakan rindunya pada aku!... aku pulak asyik rasa macam tak percaya jer... selepas itu kami kerapkali bertemu, menabur rindu, menabur janji...


Seminggu yang lalu, adrin meminta aku memasuki laman amboi.net. Sekadar mengimbas kenangan lalu...lucu bila mengenangkan betapa lambatnya adrin menaip pada masa itu..masuk chat sekadar utk cekap menaip tesis.. dan hari itu juga adrin melamar aku untuk menjadi permaisuri hidupnya!

TUHAN RESTUI KAMI...AMBOI.NET TERIMA KASIH KERANA MENJADI PENGANTARA HUBUNGAN SUCI KAMI.



2 comments:

  1. mula2 belajar chat... dr megachat ini laaa..

    DESTiNY @ HOTiCE

    ReplyDelete
  2. querida : huhuhu..ntah la..lyn je.. =)

    ReplyDelete